JULIE'S NEWS

Kempen Sampaikan Salam Ceria Aidilfitri Bersama Julie’s

1. TERMA DAN SYARAT

· Tertakluk kepada Terma dan Syarat (“T&S”) berikut adalah digunakan untuk Kempen Sampaikan Salam Ceria Aidilfitri Bersama Julie’s.
· Julie’s Manufacturing Sdn Bhd sebagai (“Penganjur”) Sampaikan Salam Ceria Aidilfitri Bersama Julie’s (“Kempen”), yang dijalankan pada 18 April 2021 hingga 2 Mei 2021 (“Tempoh Kempen”). Penyertaan yang diterima selepas 11.59pm, 2 Mei 2021 tidak akan dilayan.
· Penyertaan Kempen ini adalah terhad kepada atas dasar siapa cepat, dia dapat.
· Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur antara 18 tahun ke atas dan pemegang kad pengenalan Pemastautin Tetap (PR) kecuali pekerja dan keluarga Penganjur.
· Dengan menyertai Kempen ini, peserta akan terikat dengan T&S seperti yang dinyatakan di sini.
· Setiap penyertaan hendaklah dalam Tempoh Kempen dan setiap peserta hanya boleh menyertai sekali sahaja. Penyertaan Kempen yang diterima di luar Tempoh Kempen adalah tidak sah dan akan dibatalkan. Penyertaan berganda tidak dibenarkan.
· Penganjur tidak memberi apa-apa jaminan atau perwakilan, sama ada secara nyata atau tersembunyi, berhubung dengan Kempen ini termasuk dan tidak terhad kepada hadiah yang ditawarkan.
· Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas segala liabiliti yang timbul atau liabiliti akibat daripada penangguhan, pembatalan, kelewatan atau perubahan kepada butir-butir hadiah dari sebarang keadaan yang tidak dijangkakan, di luar kawalan pihak Penganjur. Penerima tidak dibenarkan sama sekali untuk menukar hadiah kepada wang tunai.
· Semua hadiah tidak boleh dipindah milik dan penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notifikasi terlebih dahulu.
· Dengan menyertai Kempen ini, Peserta (penghantar dan penerima) telah memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk memproses nama Peserta bagi tujuan pengiklanan dan publisiti yang berkaitan dengan Kempen, dalam apa-apa cara penerbitan, pengedaran atau paparan dari semasa ke semasa tanpa sebarang royalti atau pampasan yang perlu dibayar.
· Data Peribadi anda seperti nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan/passport, alamat dan lain-lain yang diberikan oleh anda kepada kami, maklumat daripada pihak ketiga atau dalam domain awam akan terus digunakan dan diproses oleh kami bagi maksud yang berikut dan kami tidak akan menjual atau memperdagangkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga.
· Pihak Penganjur berhak untuk membuat pindaan ke atas Tempoh Kempen pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notifikasi terlebih dahulu

 

2. CARA PENYERTAAN

· Langkah 1: Layari laman web www.julies.com.my untuk menyertai kempen tersebut.
· Langkah 2: Isi butiran penting pengirim dan penerima serta nota untuk kad ucapan Hari Raya Aidilfitri.
· Langkah 3: Hantar dan kami akan menyampaikan salam anda dengan Julie’s Love Letters kepada orang yang akan menerimanya.

 

PENTING

· Sila semak emel anda sebelum 7 Mei 2021 untuk pengesahan penyertaan anda telah diterima. Jika anda tidak menerima sebarang emel, maksudnya penyertaan anda adalah tidak diterima atau tidak sah atas beberapa sebab (seperti isi butiran yang tidak lengkap atau penyertaan telah penuh).

 

3. TARIKH PENYERTAAN

· Bermula dari 12:00am, 18 April 2021 hingga 11.59pm, 2 Mei 2021.

 

4. HADIAH

· Setiap penerima akan menerima 1 (satu) kotak Kuih Belanda Berkrim Coklat “Love Letters Chocolate wafer rolls” (20g x 6 paket) melalui penghantaran bungkusan pos.

 

5. PEMBATALAN KELAYAKAN

· Setiap butiran yang tidak lengkap akan dibatalkan secara automatik tanpa sebarang notifikasi terlebih dahulu.
· Keputusan akhir Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan dari Peserta tidak akan dilayan.