JULIE'S NEWS

Peraduan ASMR Julie’s Love Letters Terma dan Syarat Malaysia

1. TERMA DAN SYARAT

· Tertakluk kepada Terma dan Syarat (“T&S”) berikut adalah digunakan untuk Peraduan ASMR Julie’s Love Letters.

· Julie’s Manufacturing Sdn Bhd sebagai (“Penganjur”) Peraduan ASMR Julie’s Love Letters (“Peraduan”), yang dijalankan pada 13 Mei 2021 hingga 30 Mei 2021 (“Tempoh Kempen”). Penyertaan yang diterima selepas 11.59pm, 30 Mei 2021 tidak akan dilayan.

· Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur antara 18 tahun ke atas dan pemegang kad pengenalan Pemastautin Tetap (PR) kecuali pekerja dan keluarga Penganjur.

· Dengan menyertai Peraduan ini, peserta akan terikat dengan T&S seperti yang dinyatakan di sini.

· Setiap penyertaan hendaklah dalam Tempoh Peraduan dan setiap peserta hanya boleh menyertai sekali sahaja. Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan adalah tidak sah dan akan dibatalkan. Penyertaan berganda tidak dibenarkan.

· Penganjur tidak memberi apa-apa jaminan atau perwakilan, sama ada secara nyata atau tersembunyi, berhubung dengan Peraduan ini termasuk dan tidak terhad kepada hadiah yang ditawarkan.

· Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas segala liabiliti yang timbul atau liabiliti akibat daripada penangguhan, pembatalan, kelewatan atau perubahan kepada butir-butir hadiah dari sebarang keadaan yang tidak dijangkakan, di luar kawalan pihak Penganjur.

· Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pihak Penganjur untuk memproses nama peserta bagi tujuan pengiklanan dan publisiti yang berkaitan dengan Peraduan, dalam apa-apa cara penerbitan, pengedaran atau paparan dari semasa ke semasa tanpa sebarang royalti atau pampasan yang perlu dibayar.

· Data Peribadi anda seperti nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan/passport, telefon, alamat dan lain-lain yang diberikan oleh anda kepada kami akan dikumpulkan, disimpan, digunakan dan didedahkan dengan mematuhi akan Akta Perlindungan Data Peribadi 2012 (PDPA) dan oleh itu hanya digunakan untuk hal-hal berkaitan dengan Peraduan ini sahaja dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga (selain daripada syarikat induk pihak Penganjur, anak syarikat, pihak sekutu, pemegang saham, pengarah, kakitangan, kontraktor dan ejen yang membantu dalam menguruskan Peraduan ini) kecuali untuk tujuan menyampaikan hadiah mengikut Terma dan Syarat.

· Pihak Penganjur berhak untuk membuat pindaan ke atas Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notifikasi terlebih dahulu.

· Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Julie’s Biscuits (Branding & Marketing) di crm@julies.com.my

2. CARA PENYERTAAN

Langkah 1: Ikuti Instagram @juliesbiscuits

Langkah 2: Rakam video anda ASMR Love Letters (kurang dari 15 saat).

Langkah 3: Muat naik di Instagram Story dan TAG kami (pastikan akaun Instagram anda adalah “public”).

Langkah 4: #IniIklanRayaTau

Pemilihan pemenang adalah atas dasar kreatif peserta melakukan ASMR Julie’s Love Letters.

3. TARIKH PENYERTAAN

· Bermula dari 12:00am, 13 Mei 2021 hingga 11.59pm, 30 Mei 2021.

4. PARA PEMENANG PERADUAN

· Tarikh pengumuman para pemenang pada 5:00pm, 01 Jun 2021 di laman rasmi sosial media Julie’s Biscuits.

· Para pemenang akan dihubungi melalui Instagram Direct Messaging (DM) dan sila sediakan butiran-butiran peribadi sebelum 11.59pm, 06 Jun 2021.

· Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi, maka pihak Penganjur berhak untuk memilih peserta lain yang layak sebagai pemenang.

· Setiap pemenang akan menerima 18 (lapan-belas) tin Kuih Belanda “Love Letters Wafer Rolls” tersedia dalam krim perisa Strawberi, Coklat dan Vanila melalui penghantaran bungkusan pos.

· Terhad kepada 5 (lima) pemenang sahaja.

· Semua hadiah tidak boleh dipindah milik dan Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notifikasi terlebih dahulu. Para pemenang tidak dibenarkan sama sekali untuk menukar hadiah kepada wang tunai.

5. PEMBATALAN KELAYAKAN

· Setiap langkah penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan secara automatik tanpa sebarang notifikasi terlebih dahulu.

· Keputusan akhir Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan dari Peserta tidak akan dilayan.