Sampaikan Salam Ceria Aidilfitri
Sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma dan kemeriahan sambutan raya tahun ini akan menyaksikan kelainan dengan budaya norma baharu namun ini tidak akan menjadi halangan kepada kita untuk menyampaikan ucapan di samping memohon maaf dengan saudara-mara dan sahabat handai atas kekhilafan masa lalu.
“Sampaikan Salam Ceria Aidilfitri Bersama Julie’s” dianjurkan untuk mengimbau nostalgia tradisi menghantar kad raya dengan membawa keceriaan kepada semua. Dengan setiap ucapan yang anda hantar, kami akan mengirim kad ucapan rekaan ekslusif Julie’s x Rahila Razip berserta dengan Julie’s Love Letter* kepada penerima! Penyertaan adalah terhad dan atas dasar siapa dulu dia dapat. Tertakluk kepada terma dan syarat.