最新资讯

Julies I ‘Nut’ Yellow T&C

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN FOTOGRAFI KREATIF I “NUT” YELLOW

  1. PENGANJUR
  • Pertandingan Fotografi Kreatif I “Nut” Yellow (“Pertandingan”) dianjurkan oleh Julie’s Manufacturing Sdn Bhd (“Penganjur”).
  1. TEMPOH PENYERTAAN
  • Pertandingan ini akan bermula dari:-
    Minggu Pertama: 31 Julai 2022, 00:01am dan tamat pada 06 Ogos 2022, 11:59pm (GMT +8)
    Minggu Kedua: 07 Ogos 2022, 00:01am dan tamat pada 13 Ogos 2022, 11:59pm (GMT +8)
  • Tarikh pengumuman kepada para pemenang adalah sebelum 5:00pm, 10 Ogos dan 17 Ogos 2022 di laman rasmi sosial media Julie’s Biscuits.
  • Pihak Penganjur berhak untuk membuat pindaan ke atas Tempoh Pertandingan, Cara Penyertaan dan Hadiah pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Penyertaan yang diterima luar daripada Tempoh Pertandingan akan dibatal secara automatik.

 

  1. KELAYAKAN PENYERTAAN
  • Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur antara 18 tahun ke atas (selaku pada 31 Julai 2022) dan pemegang kad pengenalan Pemastautin Tetap (PR) kecuali mereka yang dinyatakan dalam perenggan di bawah:-
    Para pekerja Penganjur (termasuklah anggota bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik termasuk pasangan mereka); dan/atau agensi yang terlibat secara langsung dalam menganjurkan Pertandingan ini.
  • Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta yang terlibat dalam mana-mana kategori yang disebut diatas dan/atau yang melanggar mana-mana terma & syarat bertulis.
  1. CARA & KRITERIA PENYERTAAN:
  • Untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan ini, peserta hendaklah mematuhi langkah-langkah berikut:-Langkah 1: Ikuti akaun rasmi Instagram @juliesbiscuits
    Langkah 2: Ambil gambar bersama sebarang objek yang berwarna “kuning”
    Langkah 3: Muat naik di Instagram Story dan tag kami (pastikan akaun Instagram anda ditetapkan ke “public”).
    Langkah 4: Sertakan bersama kapsyen yang menarik tentang objek pilihan anda dan kenapa?
    Langkah 5: #INutYellow #JuliesBiscuits
  • Setiap peserta dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi hanya berpeluang untuk memenangi satu hadiah sahaja.
  • Pemilihan pemenang adalah atas dasar kreatif gambar bersama dengan kapsyen.
  1. HADIAH-HADIAH PERTANDINGAN
  • Hadiah Utama: RM300 TNG eWallet reload PIN x 1 Pemenang
  • Hadiah Sagu Hati: RM100 TNG eWallet reload PIN x 14 Pemenang
  1. PARA PEMENANG PERTANDINGAN
  • Para pemenang akan diberi tempoh selama 2 (DUA) hari untuk menghantar butiran-butiran peribadi (Nama penuh mengikut kad pengenalan, Nombor Telefon dan Emel) melalui Instagram Direct Message (DM) selepas pengumuman dibuat.
  • Sekiranya pihak Penganjur tidak menerima sebarang DM daripada pemenang, maka pihak Penganjur berhak untuk memilih peserta lain yang layak sebagai pemenang.
  • Semua hadiah tidak boleh dipindah milik dan Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notifikasi terlebih dahulu. Para pemenang tidak dibenarkan sama sekali untuk menukar hadiah kepada wang tunai.
  • Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam proses menuntut hadiah oleh para pemenang Peraduan ini seperti kos pengangkutan, penginapan, sebarang kos persendirian yang terlibat secara tidak langsung ketika perlu untuk menuntut hadiah daripada pihak Penganjur.
  • Dengan menyertai Pertandingan ini, para peserta bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pihak Penganjur untuk memproses nama peserta bagi tujuan pengiklanan dan publisiti yang berkaitan dengan Pertandingan, dalam apa-apa cara penerbitan, pengedaran atau paparan dari semasa ke semasa tanpa sebarang royalti atau pampasan yang perlu dibayar.
  • Setiap langkah penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan secara automatik tanpa sebarang notifikasi terlebih dahulu. Keputusan akhir Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan dari Peserta tidak akan dilayan.
  • Dengan menyertai Pertandingan ini, para peserta bersetuju untuk mengikut segala Terma & Syarat bertulis di atas dan keputusan oleh pihak Penganjur.
  1. AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2012
  • Data Peribadi anda seperti nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan/passport, telefon, alamat dan lain-lain yang diberikan oleh anda kepada kami akan dikumpulkan, disimpan, digunakan dan didedahkan dengan mematuhi akan Akta Perlindungan Data Peribadi 2012 (PDPA) dan oleh itu hanya digunakan untuk hal-hal berkaitan dengan Peraduan ini sahaja dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga (selain daripada syarikat induk pihak Penganjur, anak syarikat, pihak sekutu, pemegang saham, pengarah, kakitangan, kontraktor dan ejen yang membantu dalam menguruskan Peraduan ini) kecuali untuk tujuan menyampaikan hadiah mengikut Terma dan Syarat.